Bengkel Pembangunan Moderator

Thursday 16 February 2012

Pada tanggal 12 Februari yang lepas, pihak pengurusan KRL berjaya mengadakan Bengkel Pembangunan Moderator yang diadakan di Bilik Seminar, An-Nahdhoh. Bengkel yang memakan masa sepanjang hari ini telah disertai oleh hampir 20 orang AJK utama dan ahlinya. Yang paling menarik ialah, Presiden KRL, Mohamad Iimran b Zainal Abidin sendiri sanggup turun padang dan menjadi peserta bengkel ini.

Terdapat dua ceramah yang diselitkan bersama tiga slot praktikal dalam bengkel tersebut. Program bermula dengan pengalaman pertama setiap peserta. Mereka dikehendaki berkongsi pengalaman pertama berucap di khalayak ramai. Ada yang sempat membentangkan tajuk sahaja, ada yang menjadi pembaca doa tegar sejak kecil, ada yang 'blackout' ketika ingin menyampaikan sajak, ada yang berucap semasa pilihan raya kampus malahan ada di kalangan peserta yang tidak ingat pengalaman pertama berucap kerana memang sudah terbiasa bercakap di depan khalayak ramai.

Ceramah pertama disampaikan oleh Ust Rizal Akhir. Banyak pengalaman yang beliau ceritakan bersama para peserta. Perkara paling penting untuk berucap ialah 'KEMAHUAN'. Jika ada kemahuan, di situ ada highway. Ust Rizal juga menggalakkan para peserta sentiasa terlibat dengan aktiviti yang melibatkan ceramah, menjadi moderator ataupun fasilitator untuk memantapkan lagi kemahiran yang ada.



Slot praktikal yang seterusnya diisi dengan pembahagian kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan diberikan tajuk berlainan dan hanya mempunyai 10 minit perbincangan . Masa pembentangan adalah 5 minit sahaja. Disebabkan ramai di kalangan peserta adalah mereka yang sudah berpengalaman berucap, ramai di kalangan mereka terbabas masa yang diberikan. Itulah semangat yang ditunjukkan oleh para peserta sehingga tidak memberikan peluang kepada peserta kumpulan lain untuk beraksi =p. Peserta yang lain diminta untuk memberikan komen untuk penambah baikkan cara berucap.

Ceramah pada petangnya disampaikan oleh Mantan Presiden, Cikgu Yasrizam. Beliau memberikan tips-tips yang sangat baik untuk berucap. Beliau banyak menyentuh tentang cara-cara menjadi pembentang yang baik. Dalam slot itu juga, para peserta diberi masa seminit untuk berfikir dan terus berucap dalam masa tiga - lima minit. Aktiviti kali ini berbentuk individu, berbeza dengan praktikal spontan berkumpulan sebelum ini. Antara tajuk spontan yang diberikan ialah paku, gajah, dugong, kayu, skru dan tajuk-tajuk lain yang ringkas. Slot ini banyak diisi dengan gelak ketawa peserta. Para peserta dilihat sangat kreatif untuk menyampaikan persembahan dengan gaya masing-masing. Peserta terbaik berdasarkan pengucapan spontan itu ialah saudara Hisyamuddin Kamaruddin dan juga Ustazah Wa'aza Abdul Rahman. Tahniah kepada kedua-duanya.

Alhamdulillah tahniah diucapkan kepada para peserta. Presiden dalam ucapan terakhirnya menyatakan bahawa program ini sangat berjaya kerana mampu mengeluarkan bakat-bakat terpendam yang sedia ada. Beliau sangat teruja dan gembira dengan kejayaan program ini. Alhamdulillah. Ucapan terima kasih juga buat Pengarah bahagian Pembangunan Moderator, Saudara Merico Acheng Abdullah yang merangkan pengarah projek dan juga peserta kem ini.

Alhamdulillah. Nantikan pula bengkel moderator 26 Februari ini. Bagi yang berminat bolehlah menghubungi SU KRL di talian 013-4281157.

*gambar dan video boleh dilihat di facebook Kelab Remaja Lestari


0 comments:

::Basahkan lidahmu::

>ucapan yang ringan dimulut, tapi, berat timbangannya di akhirat kelak

'Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar'

::Motivasi::

Dari Umar bin Khattab ra berkata, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda;

'Sekiranya kalian benar-benar bertawakkal kepada Allah swt, dengan tawakkal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan
diberi rezeki sebagaimana seekor burung diberi rezeki, ia pergi di pagi hari dalam keaadaan lapar dan pulang pada petang hari dalam keaadaan kenyang'

Hadis riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah

::Ayat-ayat cinta::

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agamakalian, dan Aku sempurnakan nikmat-Ku atas kalian dan Aku ridha Islam sebagai agama kalian.” (Al-Maidah: 3)

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP