KEM SAHSIAH DAN MOTIVASI DIRI

Saturday 11 February 2012


Pada 3 hingga 5 Feb 2012,Kelab Remaja Lestari Pulau Pinang telah mengajurkan Kem Sahsiah dan Motivasi Kendiri kepada pelajar Maahad Tahfiz Siraajul Quran. Alhamdulillah,seramai  22 orang peserta telah menyertai program tersebut dengan jayanya.Lokasi tapak kem ialah di Kebun Pak Sarip Teluk Kumbar,Pulau Pinang. Pada kem kali ini,KRL telah menjemput fasilitator dari Politeknik Seberang Perai iaitu seramai 3 orang.

Pada sebelah malam,peserta melalui proses “ice breaking” yang dikendalilan oleh saudara Merico.Kemudiannya slot diteruskan lagi dengan taklimat ringkas oleh Ust Imran Zainal Abidin,Presiden KRL dan diikuti dengan bacaan zikir dan peserta pulang ke khemah untuk tidur.

Pada hari seterusnya,peserta memulakan hari dengan qiamullail yang dilakukan secara “irfardi” ( individu ) dan solat subuh secara berjemaah seterusnya disusuli oleh bacaan manzil yang diketuai oleh Ust Malik.Selepas bacaan manzil,Saudara Zuhair ( fasilitator dari PSP ) mengisi slot kuliah subuh dan motivasi diri kepada peserta kem.Tajuk kuliah subuh yang disampaikan ialah “taaruf dan kekuatan diri”.Setelah selesai kuliah subuh,peserta dan fasilitator melakukan sedikit aktiviti riadah yang dikendalikan oleh saudara Farees juga fasilitator dari PSP.

Selesai aktiviti riadah,peserta dibenarkan pulang ke khemah untuk menukar pakaian dan bersarapan.Program dimulakan dengan pembahagian kumpulan sebanyak 3 kumpulan untuk slot LDK yang dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator dari PSP.Semasa LDK peserta diberi peluang bertaaruf bersama fasilitator dari PSP dan berbincang mngenai potensi,kekuatan dan kelebihan diri masing-masing.Ianya bertepatan dengan tajuk LDK iaitu “Kenali Potensi Diri”.Para peserta dibekalkan dengan 2 helai kertas bersaiz A4 dan perlu melukis bentuk tubuh badan manusia dan menulis kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri masing-masing.

LDK berjalam selama 1 jam dan slot “Im Proud To Be Huffaz” diambil oleh Ust Suhaimi.Pada jam 12.00 tengahari,peserta dibenarkan tidur ( qailullah ) sebentar sementara menunggu waktu makan tengahari dan solat zohor.Selesai solat zohor,para peserta mengikuti slot LDK seterusnya iaitu “Modul Tanggungjawab” dengan dibantu oleh saudara Merico.Semasa LDK tersebut,peserta ditugaskan menyempurnakan tugasan yang diberikan oleh fasi ( sebanyak 20 tugasan ) dalam masa yang ditentukan ( I jam ).

Pada sebelah petangnya pula, selepas solat asar para peserta dibawa bersiar-siar di pasar malam Bayan Baru.Setiap peserta dibekalkan dengan risalah mengenai”mengapa perlu membaca Al Quran”.Setiap dari mereka akan mengedarkan risalah tersebut kepada orang ramai yang berkunjung ke pasar malam tersebut.Alhamdulillah kesemua penduduk di kawasan tersebut memberi respon dan persepsi yang baik kepada pelajar tahfiz yang mengedarkan risalah kepada mereka.Setelah selesai,kesemuanya pulang semula ke tapak kem dan menyiapkan diri untuk makan malam dan solat maghrib.



Selesai solat maghrib,para peserta akan membaca yaasin seperti kebiasaan amalan mereka di madrasah dan terus solat isyak.Mereka kemudiannya mengikuti slot muhasabah yang dikendalikan oleh Ust Azarizal selama 1 jam. Peserta tidur awal pada mala mini untuk bangun semula pada jam 12 tengah malam untuk aktiviti burung hantu. Mata mereka diikat dan mereka dilepaskan bersendirian semasa menyusuli laluan bertali dan dipimpin semula oleh urusetia dan fasi yang bertugas. Setelah selesai semua peserta menyusuli laluan bertali,mereka dibaringkan di kawasan yang lapang untuk modul muhasabah kematian yang dipimpin oleh saudara Zuhair.

Pada hari terakhir,seperti biasa peserta akan mulakan dengan qiamullail dan diikuti solat subuh dan bacaan manzil.Slot kuliah subuh diambil oleh saudara Nuzul hingga slot riadah.Selesai riadah,peserta diberikan sarapan dan dikehendaki mengosngkan kawasan khemah.Peserta berkumpul di dewan untuk slot LDK yang terakhir iaitu “Gerak Matlamat Hidup” seterusnya sesi refleksi oleh Ust Imran.Peserta kemudiannya makan tengahari bersama urusetia dan fasi,solat zohor dan berangkat pulang ke madrasah.

Akhir kata,program kem ini berjalan dengan jayanya.Ust Zul Bin Sudin ( Mudir Maahad Tahfiz Siraajul Quran ) apabila ditemui berkata beliau sangat berpuas hati dengan perubahan anak buahnya setelah selesai program dan berharap agar KRL bersedia untuk menganjurkan program yang sama pada masa akan datang.

Laporan disediakan oleh
Nuzul Izam Md Tahir
AJK Bahagian Pengurusan Modul KRL
Merangkap fasilitator Kem Sahsiah dan Motivasi Diri

0 comments:

::Basahkan lidahmu::

>ucapan yang ringan dimulut, tapi, berat timbangannya di akhirat kelak

'Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar'

::Motivasi::

Dari Umar bin Khattab ra berkata, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda;

'Sekiranya kalian benar-benar bertawakkal kepada Allah swt, dengan tawakkal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan
diberi rezeki sebagaimana seekor burung diberi rezeki, ia pergi di pagi hari dalam keaadaan lapar dan pulang pada petang hari dalam keaadaan kenyang'

Hadis riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah

::Ayat-ayat cinta::

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agamakalian, dan Aku sempurnakan nikmat-Ku atas kalian dan Aku ridha Islam sebagai agama kalian.” (Al-Maidah: 3)

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP