Salam Aidilfitri

Tuesday 28 August 2012

Ucapan khas daripada Presiden Kelab Remaja Lestari:

Assalamualaikum wbt,

Syabas dan tahniah buat mereka yang bakal bergelar graduan Universiti Ramadhan 1433 H!! Lonjak momentum perubahan anda, Julang Ijazah Ramadhan anda dalam Konvokesyen Syawal yang mulia.


Bagi yang berjaya dengan cemerlang (PNGK Ramadhan 4.0), tahniah! Anda memang layak menyambut Syawal yang tiba ini dengan penuh pengharapan agar Allah ampunkan dosa-dosa lalu. Istiqamahlah dengan puasa enam pula, InsyaAllah.

Bagi yang hampir dan mendapat Anugerah Dekan Ramadhan (PNGK Ramadhan 3.0-3.9), anda juga layak meraikan Syawal, namun ingatkanlah diri anda, anda belum boleh tersenyum bangga dengan kejayaan ini. Teruskan 'IBADAH SMART' memohon keampunan selagi Ramadhan belum berakhir.

Bagi yang kurang daripada itu, anda selayaknya tahu di mana tahap anda untuk meraikan Syawal. Sungguh rugilah manusia yang bergraduasi daripada Universiti Ramadhan tanpa keampunanNya. 

Anda di tahap mana? Audit diri anda. Tiada perkataan 'tidak sempat' untuk meraih keampunan. RAYULAH RAHMATNYA!!

Salam aidilifitri dari kami. 

Pulanglah anda kepada fitrah. =)

0 comments:

::Basahkan lidahmu::

>ucapan yang ringan dimulut, tapi, berat timbangannya di akhirat kelak

'Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar'

::Motivasi::

Dari Umar bin Khattab ra berkata, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda;

'Sekiranya kalian benar-benar bertawakkal kepada Allah swt, dengan tawakkal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan
diberi rezeki sebagaimana seekor burung diberi rezeki, ia pergi di pagi hari dalam keaadaan lapar dan pulang pada petang hari dalam keaadaan kenyang'

Hadis riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah

::Ayat-ayat cinta::

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agamakalian, dan Aku sempurnakan nikmat-Ku atas kalian dan Aku ridha Islam sebagai agama kalian.” (Al-Maidah: 3)

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP